![]() |
Mat Lela |
Setelah gagal mempertahankan kubu Jeram Ampai daripada serangan pasukan
British, Mat Lela dan pejuang Pahang yang lain berundur ke Hulu Lebir,
Kelantan. Kemudiannya tinggal di Kemumin, Machang di bawah lindungan Engku
Selia Raja. Pada akhir 1894, Mat Lela dan beberapa orang pejuang Pahang berlindung
di Besut, Terengganu. Dalam bulan September 1895 Mat Lela yang berada di Hulu
Kelantan ditangkap oleh pegawai Thai. Seterusnya pada bulan November 1895 di
bawa ke Kota Bharu. Kemudiannya Mat Lela dibawa oleh pegawai Thai ke Bangkok
dan seterusnya ke Chiengmai.
Mat Kilau
![]() |
Mat Kilau |
Mat Kilau yang diburu oleh British berlindung di rumah Wan Tanjung, anak Tok
Raja. Kemudiannya berundur ke Hulu Cheka dan seterusnya bersama Tok Gajah ke
Lebir. Pada 14 Jun 1894, Mat Kilau bersama pejuang-pejuang Pahang yang lain
menyerang dan menawan kubu British di Jeram Ampai.
Apabila British menawan
semula kubu ini Mat Kilau bersama Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Lela
berundur ke Kelantan dan Terengganu. Pada tahun 1896, British mendapat maklumat
yang Tok Gajah dan Mat Kilau meninggal dunia. Kemudiannya Mat Kilau muncul
kembali. Beliau meninggal dunia pada 16 Ogos 1970 dan dikebumikan di perkuburan
Kampung Masjid, Pulau Tawar, Pahang.
No comments:
Post a Comment