Lamir
Lamir ini adalah sebuah kampung yang terbesar
dalam mukim Pahang Tua, daerah Pekan. Letaknya di kiri kanan Jalan
Pekan-Kuantan, ditebing Sungai Pahang Tua. Kampung Lamir ini dikatakan mendapat
namanya demikian dari pokok lamir, sejenis pokok yang kulitnya boleh dibuat
tali.
Selain dari kampung terbesar dalam mukim Pahang Tua ia
adalah juga sebuah kampung yang bersejarah. Ini ialah kerana ia pernah menjadi
tempat tinggal Bendahara Sewa Raja Tun Ali sehingga hayatnya dalam tahun 1857.
Bila sebenarnya Bendahara Sewa Raja Tun Ali
meninggalkan Pulau Maulana dan berpindah ke Lamir tidak diketahui. Tetapi tentu
sekali lepas lahirnya Tun Ahmad (Sultan) di Tiang Bendera (Pulau Maulana)
23.5.1836,W.Linehan di dalam Sejarah Pahang, JMBRAS, Vol.XIV, Pt. 11, May 1936
menulis berkenaan dengan perkara ini seperti berikut :-
"Bendahara Sewa Raja Ali of Pahang died in 1857. Long before his death
he had retired from active participation in the government of the country,
and removed his residence to Lamir on the the river Pahang Tua where he
spent his declining years."
Tiada berapa
lama selepas Bendahara Sewa Raja Tun Ali meninggal dunia maka berlakulah
pergaduhan yang dikenali sebagai ‘Perang Adik Beradik 1857 – 1863’. Di dalam
peperangan itu Tun Ahmad berjaya menewaskan kekandanya Tun Mutahir pada 10 Jun
1863. Dengan kemenangannya itu Tun Ahmad dilantik sebagai Bendahara Sewa Raja.
Dia dinasihatkan supaya tinggal di sebelah kanan hilir Sungai Pahang. Sebab itu
Bendahara Sewa Raja Tun Ahmad memiliki kuala Sungai Parit, yang dikenali
sebagai Pekan Lama.
Dengan tindakan Bendahara Sewa Raja Tun Ahmad (Sultan
Ahmad) ini bukan sahaja Pulau Maulana bahkan Lamir tidak lagi menjadi tempat
tinggal Bendahara Pahang. Sebagai mengingatkan Lamir sebagai tempat tinggal
Bendahara Tun Ali maka Almarhum yang disemadikan di Makam Di Raja Kampung
Marhum diberi penghormatan sebagai Marhum Lamir.
Sungguhpun Lamir tidak lagi menjadi tempat tinggal
Bendahara Pahang tetapi ia terus maju dan menjadi sebuah kampung yang terkenal
hingga sekarang. Tambahan pula ia jadi muka sebatang jalan kampung iaitu Jalan
Pahang Tua – Langgar.
Sumber :
Zakaria Hitam. (1989). Asal Usul Nama Tempat Bersejarah Negeri Pahang Darul Makmur (Bahagian Pertama).
Pekan : Lembaga Muzium Negeri Pahang
Sumber :
Zakaria Hitam. (1989). Asal Usul Nama Tempat Bersejarah Negeri Pahang Darul Makmur (Bahagian Pertama).
Pekan : Lembaga Muzium Negeri Pahang
very interisting your sites,keep the good work going ON!We at Propertyhunters. this is our service web site. please visit our web site.
ReplyDeleteThank you.buy Property For Sale
Website bandar q dan dominoqq paling ternama dan paling terpercaya di Asia ^^
ReplyDeleteSistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat :)
Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker maupun domino qq
Agen Poker pkv
IDNPLAY
Situs Judi Poker Online Terpercaya
Situs Judi Poker Online Pkv
Bandar q
Bandar Poker Online
Poker Online Terpercaya
Agen Poker Online Terpercaya
agen poker pkv
agen poker online