Leftenan Mohd Nor bin Hj Abdul Rani |
Pada 3.4.1942,
satu angkatan kapal terbang Jepun datang menyerang Colombo. Ahli-ahli Ceylon Garrison Artillery dan Ceylon Light
Infantry berundur dari Colombo. Nor Rani bersama 113 orang tentera laut
Semenanjung Tanah Melayu menggunakan meriam melawan serangan Jepun itu. Mereka
telah berjaya menghalau Jepun dari situ. Januari 1943, Nor Rani bersama 29
orang askar yang lain menjadi ahli pasukan 136 iaitu pasukan gerila yang
melawan Jepun di Tanah Melayu.
Leftenan Mohd. Nor bin Haji Abdul Rani telah
banyak memberi sumbangan kepada negara kita. Antaranya, beliau berjaya menembak
mati beberapa askar Jepun, mengembalikan keamanan di Grik, Perak dengan
menghapuskan Jepun di sana. Leftenan Nor Rani dianugerahkan sebagai Tok
Penghulu Grik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak. Tidak berapa lama kemudian, beliau
dikurniakan pula Pingat Tok Amar Pahlawan Perak.
Setelah beliau bersara, beliau
pulang semula ke Pahang dan kemudian berpindah ke Kuala Lumpur. Leftenan
Mohamad Nor bin Haji Abdul Rani menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah
beliau di Kuala Lumpur pada 13 November 1984.
Ibrahim Haji Yaakob
Ibrahim Haji Yaakob |
Pertengahan 1938, beliau menubuhkan
Kesatuan Melayu Muda (KMM) untuk memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Mei
1939, menjadi pengarang akhbar Majlis dan wartawan Utusan Melayu 1940-1941. Menjelang
1942, KMM diharamkan oleh Jepun dan disusun semula dengan nama KRIS (Kesatuan
Rakyat Indonesia Semenanjung) pada Jun 1945. Ogos 1945, beliau ditukarkan ke Jakarta menguruskan
pemindahan PETA (Panglima Pembela Tanah Air). Beliau menentang penjajah Belanda
bersama rakyat Indonesia dengan
menggunakan nama Iskandar Kamil.
Pernah menjadi Diplomat Indonesia di Phnom
Penh dan Manila. Menulis beberapa buah buku seperti Sejarah Dan Perjuangan Di
Malaya, Nusa Dan Bangsa Melayu dan Melihat Tanah Air. Meninggal dunia pada 8
Mac 1979 dalam usia 68 tahun dan disemadikan di Makam Pahlawan Kalibata,
Jakarta.