Wednesday, 23 July 2014

Tarian Labi-labi

Tarian Labi-labi dikatakan berasal dari Endau, Rompin dan kemudiannya berkembang ke daerah Pekan dan Kuantan. Bahkan hingga ke hari ini, Tarian Labi-labi merupakan salah satu tarian etnik yang popular dikalangan kumpulan-kumpulan tarian di Negeri Pahang walaupun beberapa pergerakan telah diolah untuk disesuaikan dengan masa dan penonton. 

Sejarah Tarian Labi-labi bermula daripada kisah seorang pengail bernama Pak Ngah. Pada satu hari, Pak Ngah pergi mengail disungai tetapi tidak mendapat seekor ikan pun walaupun umpannya habis. Kemudian, Pak Ngah menggunakan pisang sebagai umpan dan telah menarik perhatian sekumpulan labi-labi. Pergerakan labi-labi yang cuba memakan umpan pisang ini telah memberi idea kepada Pak Ngah untuk membentuk kumpulan Tarian Labi-labi. 
 
Tarian Labi-labi
Berdasarkan tarian asal, terdapat hanya dua orang penari sahaja iaitu watak Pak Ngah dan labi-labi jantan. Namun, watak Mak Ngah dan beberapa ekor labi-labi telah ditambah sesuai dengan perubahan dan kreativiti koreografer. Kostum dalam tarian ini berbentuk labi-labi yang dipasang di atas belakang penari. Watak  Mak Ngah pula memakai baju kebaya lengan panjang dengan kain sarung atau batik manakala, Pak Ngah memakai terendak atau kain ikat kepala dan memegang sebatang kail.  

Alat muzik yang digunakan untuk mengiringi Tarian Labi-labi pada awalnya hanya tetawak dan biola sahaja. Namun, sejajar dengan perkembangan semasa, alat muzik seperti genduk, gedombak, gendang dan serunai telah ditambah bagi memeriahkan lagi persembahan.

2 comments:

  1. Kenyataan banyak pihak tarian Labi-Labi berasal dari Endau perlu dikaji semula oleh para budayawan. Ini kerana pengasas Tarian Labi-Labi Allahyarham Idrus Genuh berasal dari Kampung Serambi/Pulau Rumput. Saya penduduk asal kampung itu melihat dan perkembangan sejak awal permainan Tarian Labi-Labi itu ..Sering bermain setiap kali sambutan hari jadi Sultan Pahang dan menunjukkan persembahan di Kuala Lumpur sempena 10 tahu Merdeka 1967. Watak-watak penting peranan seperti Allahyarham Kamaruddin Salleh dan penduduk Kampung Pulau Rumput perlu diambilkira..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Dan salaam sejahtera.
    Saya Muhammad bin Zainal pelajar tahun satu daripada Universiti Malaysia Sabah.
    Saya dalam proses untuk menyiapkan tugasan sejarah tari yg bertajuk Tarian Labi-labi.
    Bolehkah saya dapatkan maklumat mengenai tarian labi-labi daripada pihak tuan/puan?
    Terima kasih atas kerjasama yg diberikan.

    ReplyDelete