Pahang
merupakan negeri Melayu yang pertama melahirkan seni persembahan
bersifat 'esemble' istana sejak awal kurun ke 19. Dikatakan gamelan buat
pertama kalinya diperdengarkan di Tanah Melayu semasa majlis
perkahwinan di antara Tun Esah (Adik Bendahara Ali-pemerintah Pahang)
dengan Tengku Hussin putera Sultan Johor-Riau pada tahun 1811. Satu
rombongan penari dan pemain gamelan telah didatangkan khas dari
Penyengat bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan tersebut. Sir Frank
Swettenham, seorang pegawai British di Pahang juga pernah menulis
tentang persembahan Joget Pahang yang disaksikanya di Istana Pahang atas
jemputan Bendahara Ahmad pada tahun 1875 di dalam artikelnya yang
bertajuk 'The Joget'.
Kesenian gamelan ini dikatakan dicipta di istana
Kerajaan Srivijaya dalam abad ke 7-13 Masihi. Ia kemudiannya berkembang
ke Istana Pahang dalam abad ke 19. Terdapat tiga kumpulan muzik gamelan
di Istana Pahang yang dikelolakan oleh isteri-isteri Sultan Ahmad
Al-Mu'adzam Shah tetapi antara kumpulan Che Bedah yang kemudiannya
diteruskan oleh anaknya Tengku Mariam. Seni muzik yang diwarisi dari
istana ke istana ini terus dipelihara dengan baik dengan mengekalkan
gerak tari yang lemah gemalai bersama iringan muzik gamelan yang
mengasyikkan.
Berikut
adalah set Gamelan Pahang berusia hampir 200 tahun yang masih lagi
dipamerkan di Galeri Sejarah dan Kesultanan Melayu Pahang, Muzium Sultan
Abu Bakar, Pekan, Pahang. Semoga kesenian muzik tradisi ini bukan
sahaja akan terus terpelihara tetapi turut dinikmati oleh generasi akan
datang sebagai salah satu daripada khazanah warisan Diraja Pahang.
![]() |
Set Gamelan Pahang |
1xBet korean - Sportsbook Review - Legalbet
ReplyDelete1xbet korean. You 바카라 can play the sports in this online betting platform, from desktop or mobile, or you can หาเงินออนไลน์ create a account by following 1xbet korean the code below.